Wednesday, March 25, 2009

MINGGU GAYA HIDAUP SIHAT

Gaya Hidup Sihat mengutamakan amalan hidup yang mengutamakan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang menikmati kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang ceria. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat, melakukan aktiviti kecergasan fizikal, menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit dan perkara yang memudaratkan, mendapatkan rehat yang cukup dan menjalin hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan, berfikiran positif dan patuh kepada agama adalah langkah-langkah ke arah gaya hidup sihat.

Minggu Gaya Hidup Sihat tahun 2008 juga merangkumi amalan membasmi nyamuk aedes dan langkah-langkah menjaga keselamatan diri pada sepanjang masa.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Program Sekolah Selamat SMJK YU HUA
Kempen Gotong Royong Sekolah 2009, Program Bebas Denggi pada 12 Feb 2009
Kebersihan adalah nilai positif yang diterima seluruh dunia dan dituntut oleh setiap masyarakat sebagai amalan hidup. Setiap agama juga menuntut amalan kebersihan di kalangan pengikutnya. Gaya hidup bersih yang diamalkan oleh seluruh warga SMJK Yu Hua boleh menambah keindahan persekitaran dan mempertingkatkan tahap kesihatan. Selain meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan kebersihan diri dan persekitaran di kalangan warga sekolah, kempen kebersihan ini juga bertujuan untuk menghindarkan warga sekolah daripada penyakit seperti penyakit demam denggi dan chiungkunya.

KONVENSYEN PATRIOTISME REMAJA 2009











Seramai 40 pelajar SMJK Yu Hua menyertai Konvensyen Patriotisme Remaja 2009 anjuran Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri pada 26 Feb 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Objektif utama konvensyen adalah untukmeningkatakan kefahaman peserta terhadap konsep Perlembagaan Negara ( Kontrak Sosial ) sebagai asas perpaduan rakyat dan pembangunan negara

DIgital Blog Development Workshop

Digital Blog Workshop Di Kuala Lumpur Infrastructure University College pada 26 April 2009. Seramai 35 kaunselor dari sekolah-sekolah Menengah daerah Hulu Langat menyertai workshop ini.